pilihanraya

February 28th, 2008 by d-lilaiena

pilihanraya?

sesetengah org akan cakap ‘kita ni muda lagi, tak yah la pk pasal politik’. aku tak penah marah ngan org yg cakap ni, cume kesian, muda lagi ke bile dah mencecah 21 tahun? dah layak mengundi tuh. maknenye dah mampu buat decision utk negara. jumla..jgn malas2 pk.. skarang bukan masa nak tegakkan nak sokong sape. aku BN , aku BA, aku PAS, aku UMNO! nope! merapu jek sume ni kalau mentality golongan muda kita masih kat tampok lama.

ignorance:
tanye ini tak tahu, tanye itu tak tahu. alasan.. ala malas nak pk. aku tak suke politik. no body asking you guys to go n join political activity, just at least take note n be aware of ur surrounding. thats all. ni sampai yang ade tak tahu bile tarikh pilihanraya.haiz, kita bukan hidup dlm gua, kita idup atas bumi ALLAH yang ramai penduduknye. amik la tahu, tak salah.

pelajar:
ade plak yang gunakan alasan im still a student n my priority is studying! yep.. true. bukan ade pon sape2 soh jadikan soal2 politik tu priority.. takdek sape soh. sama jek mcm kita tahu lagu baru kat radio kan.. tak la sampai ketepikan study pon. cume nak tahu apa yang berlaku, tu je. 21 tahun kita pelajar, dlm masa 5 tahun, insya allah kita dah grad. masa tu kita apa? tuan doktor? majistret? pak guru? masa tu pilihanraya lagi tau? so kalau kita ni terlalu ignorance.. masa tu pon kita akan gunakan alasan.."owh, im busy".

haha.. abis la pasal org yg ignorance ni.

ni plak pasal org yang terlalu taksub.
aku menjadi pemerhati bebas since aku darjah 6. bangga dengan kemajuan yang di bawa BN dibawah pimpinan Mahathir, takjub dengn keberanian pejuang reformasi di bawah Anwar Ibrahim. nearly 10 years aku idup dengan mengkonsiderkan kedua2 belah pihak. matlamat aku satu, aku nak dapatkan satu keputusan yang konkrit pada masa aku layak mengundi nanti. aku bace paper  Utusan, aku bace Harakah, aku baca STAR, New Strait Times, aku tgk tv3, aku tgk rtm, aku tgk al-jazeera, aku tgk you tube, aku bace blog parti kerajaan, aku baca blog parti pembangkang.

kenape aku susah2 wat mcm tu? sebab aku buka minda aku, aku tak nak aku di pengaruhi oleh naluri n emosi semata2. aku biarkan akal n hati aku berlumba2 mencari kebenaran. tak susah. senang je pon.

tapi mmg sangat sedih bile sesetengah org sampai taknak dengar org lain ckp kalau lain dr ideologi die. melenting. marah. tarik muka. tu bukan satu penyelesaian bijak utk org berakal. tak salah mendengar. dengar je. kita nilai. mungkin ade kebenaran mungkin juga tidak. tenangkan hati ketika mendengar. buka minda kita. inysa allah kita tak rugi.

betape ramai org kat luar sana yang berkobar2 menegakkan kefahaman masing2. teruskan.tak kira apa pon yang anda tegakkan. keluarkan idea anda dan dlm masa yang sama jgn sekat org lain mengeluarkan idea mereka. kita demokrasi. kita adil.

org yang berani ni la yang kita perlukan utk masa depan kita. parti2 politik yang ada ni sume memerlukan pelapis yang bakal menerajui parti politik mereka.

sekian. tak kira apa ideologi kita.. kita harus bersatu di bawah satu negara. MALAYSIA

revelation

February 22nd, 2008 by d-lilaiena

dulu masa sekolah rendah.. org panggil aku arimau. ade ke patut. aku ni dicakapnye garang. tapi mmg garang pon la.. tp diba lagi garang pe. heheh. ingat lagi masa sekolah rendah.. aku conteng buku skrap sorg budak nama mastura..haha. dia junior setahun dr aku. tp bile cikgu panggil aku ckp bukan aku yg buat. hehe.

pastuh nak mintak maap jugak(hahahha) kat mastura ni lagie (aku pon tatau la nape dia jadi mangsa), mmg la dengan niat , masa depan kelas tuh aku sengaja sendal kaki so die jatuh tersadung. haha. dia ngadu kat cikgu asharo. aku kene panggil. cam biasa, aku wat la muke tak bersalah aku. tu baru drjah 6. haha

masuk sekolah menengah aku penahmarah ed kan ed? pasal panggil aku amalina…gile aku tak suke nama tuh. hehe . gara2 penyanyi dangdut tuh. sampai skunk ed tak panggil dah nama tuh. kiki

masa form 2 aku jadik penolong ketua pengawas.tapi…

1. aku pernah masuk skolah lambat  kol 3.30 ptg, n tipu cikgu disiplin ckp kawan aku pengsan tengah jalan. hehe
2, aku padam jek record member2 aku yang baik ngan aku n ade wat salah. so dorang tak kene potong markah merit.
3. aku yang kantuikan ko yap(ashraf) sebab buku kerja ko monita buatkan.
4. pastuh aku jugakla yang conteng buku tu sebab tak puas ati.
5. aku  ngan airin yg tarok obat stepler kat atas kursi amar. hehe. amar dok muka merah.. tp satu kelas ingat ko yap yang wat. haha. sian ko. tu la sapa soh panggil aku mak ayam.

ape lagi eh.banyak lg tapi dah lupa..

tu masa kecik2 nakal jek. skunk dah baik sikit. tk wat benda2 tuh. kalau tak suke aku tumbuk jek ..contohnye.. masa aku tumbuk yap dlm kelas. haha.

hurm. nak g setadi..malas nak pk. bye

Kawan Atau Lawan

February 2nd, 2008 by d-lilaiena

25341198947910l  p/s: tajuk kali ni tak dek kene mengena ngan gamba sebelah tu. ahai. tu saje nak men’capub’kan my best friend adiba nordin.hehe. (cherub: aku baya royalti)

mak kita slalu cakap biar ramai kawan jangan ramai musuh. tapi penah terpikir tak , kawan kalau ramai2 pon maka makin ramai yang buleh jadi musuh. haha.

kawan ni kan tempat kita ngadu, nak enjoy same2, nak sedih same2 , nak kongsi sume bende. tapi..kawan mana yang kita nak percaya, kawan mana yang kita nak pilih so kite leh hamburkan sume masalah kita? bukan sume kawan kan..

ada sesetengah org sampai pening kepala sbb pkirkan pasal kawan die. bukan sebab kawan die sakit ke apa, tapi sebab kawan die punya perangai. ok, ada benda yang kita kena tolerate dengan kawan ni.. ade bende kita patut buat buduh je n ada bende kite patut sedar bahawasenye die ni bukan kawan yang bulih di buat kawan. dlm erti kata lain, kawan biasa2 je sudeyyy..:P

benda2 yang patut kita tolerate:
- kalau kawan tu suke pinjam barang.  musti la die pinjam sebab takde brg tu kan..so bagi je la. ade brg lain yg mungkin kita plak nak pinjam dr die.

-kalau kawan kita terlupa nak wat tugas yg sepatutnye die wat..(sekali dua je la, lebih2 over namanye)

-kalau kawan kita suke wat lawak yg ntah ape2

etc

benda2 yg patut kita biarkan je:
-kalau kawan kita tetiba masak tak sedap, lorhhh, kita pon bukan masak sedap sangat pon kan kekadang. ppl make mistake. abaikan jek.

-kawan kita tdo berdengkur. tak yah la kate sakit telinga..sebab masa kita tdo kita pon tatau kita dengko ke tak. haha. kang wat malu je.etc

benda2 yang kita patut tahu bahawa kawan kita tu tak layak jadik kawan yg baik:

-bila dia terang2an tikam kita dari belakang. contoh macam amik bf kita ke. g kutuk kita kat org lain ke.

-bila die cume cari kita masa susah je. masa senang, wat2 tak nampak.

- bile die suke berubah angin. ari ni nak layan. esok tak nak layan. lusa layan balik. tulat tak layan. sume sebab die pk die best so die leh wat pape je die nk.

-kawan yang bile kita berubah ke arah kebaikan tapi die kotak katik kita

-kawan yang pandai amik kesempatan.

-kawan yang malu dengan kita. contoh sebab kita tak cun die tak nak jalan ngan kita.

-kawan yang kuat mengungkit.

-kawan yang tak pandai simpan rahsia. mulut bocor.

-kawan yang muka baik hati busuk. haha

-kawan yang mudah tak puas hati. sebab die pon akan mudah tak puas hati ngan kita gak.pastu die kutuk2.haaa. kalau kita tak rapat kita tak yah amik port kan? tapi kalau rapat ngan org mcm ni kan sakit ati.. rasa mcm nak tenyeh2 jk.haha

etc.sape nak tambah..tambah la.

babi

November 11th, 2007 by d-lilaiena

itoo ari ade dapat satu email dlm tu ade gamba dak pompuan ni pegang babi tanpa lapik. isu hangat kot kat msia. dalam you tube pon ramai yang bantai dak ni.

response pertama aku::"cool giler pompuan ni ..tapi kalau ye pon.. pakai la sarung tangan".

bile pikir dalam2 balik.nape aku pikir macam tu? nape kene pakai sarung tangan? hoho.. aku bercakap ikut SENTIMEN..which is yang aku tahu dr dulu ‘jgn pegang BABI’..tapi.. sedar tak sedar ramai yang TAK SEDAR…babi adalah HARAM di makan tapi bukan haram dipegang!!! babi adalah najis, najis yang buleh dibersihkan,cume babi ni najis berat…so..kalau terpegang babi..sucikan la.macam kita pegang darah…pastu kita basuh. ade pulak yang sampai nak bunuh babi la apa la.. babi tuh kan makhluk ciptaan ALLAH..kita kene hormat die la. ingat tak kisah pelacur kasik air kat anjing?  apa balasan die? syurgakan?ha….kan dah cakap..kita kene hormat makhluk ciptaan ALLAH. degil!

lagi pasal SENTIMEN…

org kita ni ..banyak betol sentimen atau isu2 sensitip yang kene jaga. dak pompuan yg tangkap gambo dengan incik babi tu bersalah mengikut justifikasi org kita sebab SENTIMEN kita kat babi. tapi die tak wat salah pon dari segi agama.

haaa..ade lak yang tatau SENTIMEN tu APE? sentimen tu satu pemikiran yang keluar berlandaskan/disebabkan emosi.

takdek la kate sentimen ni tak perlu dijaga.. perlu!lagi2 dlm masyarakat melayu ni..cume bile sampai isu macam ni.. dalil2 agama, nas  adalah didahulukan berbanding sentimen2…okay??

p/s–thanks untuk dak pompuan tu.. kalau tak sebab die.. maybe ramai org tatau kot yang sentuh babi tu najis je bukan haram. ade hikmah nye.. daa~~

respond to ED blog :regarding usrah

November 11th, 2007 by d-lilaiena


http://ed-ahmad.blogspot.com

first of all congratulation to all daie’ n ppl out there because have  d determination n responsible for being a gud muslim.

my first time usrah:: kolej yayasan UEM. yalah kan skola harian enggak ada usrah.
kagum betol la masa tu bile tgk akak2 bagi usrah..pelik pon ade..dorg ni sentiasa ada masa nak kasik usrah nak prepare lagi b4 tu..salute!! hehe.

macam ed cakapla.. bile sampai ireland ni .. ingatkan dah takdek usrah dah.. tapi jangan main2..kat ireland….takkan ada org akan jumpa satu tempat pon agaknye yang sekuat usrah kat ireland ni. come n feel lorh!

kitorg ade banyak nama la nak menamakan majlis ilmu ni..ade usrah, sitting, halaqah etc. lain2 org yang handle but motif sama untuk jadikan kita muslim yang kuat dr pelbagai segi n supaya kita tak lalai. insya allah.

truth

suke betol bile tgk ramai yang rajin g usrah tapi bukan aku la. macam zarip..aina pon rebell gak. kalau rajin g la.so kalau malas..tak g la..sowri.

macam zarip cakap.. dis is usrah melayu or usrah islam? tepuk dada tanya selera la. berbeza tu. kalau usrah islam… kita akan pegi usrah tu dengan satu matlamat.. nak meningkatkan iman n mendapat keredhaan ALLAH. tapi ADE je yang aku tgk tuh usrah melayu..nape? motif utama pegi.. sebab takot kakak usrah MARAH. segan la. nanti apa org kate…bla bla bla. haha. sampai sini, mesti ade yang baca n cakap at least g dr tak g langsung. haha. ada aku kata jangan g ke? POINT kat sini …betulkan niat tu..kan lebih baik g utk ALLAH daripada untuk kakak usrah. aku raser kakak usrah pon setuju.

pastuh.. agree sangat2 la ngan ed part ni..bile sesetengah org tu terlalu taksub dengan usrah sampai org yang tak g usrah tu konon macam terok sangat sampai kene pandang rendah la..bla3! tolong sikit NIAT TAK MENGHALALKAN CARA!!!! (copy from ed) ie:walau niat baik macam mana pon nak wat usrah/ g usrah.. tapi tu tak bermakna leh sesuke ati nak label2 orang nak pandang rendah kat org yang tak g usrah.

"tiada siapa yang mengenali seseorg tu walaupon dirinya sendiri kecuali PENCIPTANYA"

tak payah label2 org. yang melabel tu pon kadang2 pegangan agama pon tak kuat n tak kukuh. wat DOSA je kot.

haaaaaaaaaaaaa…. n tak ketinggalan gak.. PADA ORG YANG ANTI USRAH 100%

stop labelling org yang wat usrah leh tak?? dorg wat keje baik. dapat pahala bertimbun2…tak yah la mengata dorg itu ini. tak nak g dah. tak yah g la.. senyap.

for all:: buat keputusan untuk diri sendiri.. bukan utk org lain. tak best la gitu. sume sebab org. sebab ALLAh takpe. n kurangkan mengumpat! peringatan utk diri sendiri gakni.

study n attitude

November 9th, 2007 by d-lilaiena

–dis is a combination of my cousins, some of my friends n my own tot–

aina punya cara belajo:: tak suke g kelas, tak suke print note  tapi rajin gile wat nota sendiri manually(haha), setadi last minit.

harapan pasal setadi(insya-allah kalau tak ini ari,esok, nex week , or nex month, tapi ni la yang slalu diharapkan) :: hopefully leh setadi constantly.. rajin g kelas..n no more last minit.

ok done-

isi penting..tadi tak penting—>

kebnyakan org yang aku jumpa.. sume setadi last minit. tapi tak kurang jugak yang setadi constant(it will be me). kadang2 tu kan bile tengok org setadi selalunya kita mesti terdorong untuk setadi kan. positive influence. gud! gud! BUT… yes there are BUT..ade satu attitude yang aku pasan sejak dr kolej dulu la.. ade sesetengah org a.k.a student tak nak kalau org tahu die study. whats wrong with that? sin? malu? nape? xplain.. tak paham r..bile org tanya..setadi tak? "aku tak setadi langsung.. abisla" … haha.. padahal malam tadi berjaga malam. ngahahha. yep.. aku paham la kalau kadang2 kita raser tak yakin ngan apa yang kt setadi.. tapi kan tak slah kalau cakap gini "aku dah setadi, tapi susah sikit nak paham" or  at least "aku setadi la sikit"..oklah ..suke ati la nak jawab apa kan. tak dapat markah pon. but aku raser ade mentality org yang pk malu kalau setadi n then tak score. subhanallah. itu kan rezeki.. asal dah usaha. ade plak yang nak nampak hebat.. owh aku tak setadi n then dapat markah gempak. haha. tahi.

TAPI lagi..

yang lebih menyakitkan ati n menyampah pon ade(kekadang la) bile ade org yang bile tgk org setadi n cakap macam ni "huiyoo setadi siot!!!!!!!" @ "apsal ko tetibe rajin ni?" .. dah la kekadang tu org tu baru ade semangat nak setadi.. n thanks pada si polan yang berkata2 tu sebab cuba menjatuhkan semangat org yang nak setadi tu. cube la support sikit. maksudnye..positive la sikit.. cakap la "kan bagus gini"…..haizzzz.

N..

pada org yang setadi tu pulak.. tak yah la pedulik apa org nak cakap.. kita yang nak setadi.. kalau kita tak setadi kita kan yang rugi.. org yang cakap tu tak rugik pon. ntah2 dlm diam die setadi..sorok2 ke(maklumla malu kan org tau)..anggap jek die dengki sebab kita setadi. abis cerita.

-end-